Maklumat Korporat

Dasar Agensi

1. KENAPA SAYA MENERIMA NOTIS SENARAI NILAIAN BAHARU
  • MDG telah menghantar Notis Senarai Nilaian Baharu kepada semua pemilik pegangan harta bertanah (landed) dalam kawasan pentadbiran MDG sebagai pemakluman mengenai pengenaan cukai taksiran baharu yang berkuatkuasa pada 01 Januari 2026
  • Ini selaras dengan keputusan Majlis Mesyuarat kerajaan (MMK) Negeri Perak Bil. 2183 pada 18 Jun 2025 dan disahkan pada 25 Jun 2025 berhubung Penguatkuasaan Senarai Nilaian Baharu dan Kadar Baharu Cukai Taksiran di dalam kawasan pentadbiran Majlis Daerah Gerik
2. BILA SAYA PERLU BAYAR NOTIS BAHARU INI
  • Notis ini tidak perlu dibayar kerana bukan bil cukai taksiran. Ini hanyalah notis pemakluman awal kepada pemilik tentang nilaian baharu ke atas pegangan (harta). Bil cukai taksiran baharu akan diperolehi mulai 01 Januari 2026.
3. KENAPA ADA KENAIKAN CUKAI TAKSIRAN DAN BILA KALI TERAKHIR DIBUAT
  • Perubahan cukai taksiran berlaku apabila suatu nilaian baharu dikuatkuasakan selaras seksyen 137 Akta Kerajaan Tempatan 1976, yang menyatakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) hendaklah Menyediakan Senarai Nilaian Baharu setiap lima (5) tahun atau dalam tempoh yang dilanjutkan seperti yang diputuskan oleh Kerajaan Negeri. Dalam hal ini, kali terakhir MDG menyediakan Senarai Nilaian adalah pada tahun 1988 (37 Tahun) dan Aras Nilaian adalah pada tahun 1986 (39 tahun).
4. SIAPA YANG TERLIBAT DENGAN KENAIKAN CUKAI TAKSIRAN BAHARU INI?
  • Semua pemilik pegangan (harta) dalam kawasan pentadbiran MDG, contohnya kediaman, premis perniagaan, bangunan kilang/industri, menara telekomunikasi, pencawang elektrik, harta khas, tanah kosong bangunan, tanah kosong pertanian dan lain-lain.
5. BILA TARIKH IKLAN SENARAI NILAIAN BAHARU?
  • Senarai Nilaian Baharu telah diiklankan pada 21 Ogos 2025 melalui dua (2) surat akhbar iaitu Berita Harian dan New Straits Times, nombor rujukan warta bertarikh 21 Ogos 2025 nombor rujukan PU,PK. 58/81(V).


 

 

6. BERAPA JUMLAH YANG PERLU DIBAYAR?

  • Contoh Jumlah cukai taksiran baharu yang perlu dijelaskan.
7. BERAPA KADAR PERATUS (%) YANG DIKENAKAN OLEH MDG MENGIKUT KATEGORI PEGANGAN (HARTA)
  • Kadar peratus (%) yang digunakan adalah seperti berikut:

 

 

 

8. BAGAIMANA MDG MENENTUKAN CUKAI YANG DIKENAKAN
  • Cukai yang dikenakan adalah berdasarkan anggaran sewa setahun sesuatu pegangan (harta). Dalam hal ini, MDG menggunakan asas nilaian pada tahun 2023
  • Contoh pengiraan

9. BERAPA KENAIKAN CUKAI BAHARU YANG DIKENAKAN BERKUATKUASA 01 JANUARI 2026
  • Had kenaikan cukai taksiran baharu adalah tidak melebihi dua puluh lima peratus (25%) daripada cukai taksiran lama (cukai semasa). Had kenaikan ini telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa Negeri.

10. APA PERLU SAYA BUAT BILA DAPAT NOTIS INI?
  • Pemilik pegangan (harta) perlu memahami maksud notis tersebut terlebih dahulu dan sekiranya terdapat pertanyaan lanjut boleh menghubungi Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta Majlis Daerah Gerik di talian 05-7912305/05-7911686
  • Sekiranya pemilik pegangan (harta) tidak berpuas hati atau terkilan dengan Senarai Nilaian Baharu, maka bolehlah mengemukakan bantahan sebelum atau pada 19 September 2025
11. BAGAIMANA UNTUK MENGEMUKAKAN BANTAHAN KEPADA MDG
  • Sebarang bantahan hendaklah dikemukakan secara surat rasmi dan dialamatkan kepada Yang Dipertua, Majlis Daerah Gerik, Jalan Haji Meor Yahaya, 33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan.
  • Facebook MDG sasa
  • Twitter MDG sasa
  • Youtube MDG sasa
sasa
  • Majlis Daerah Gerik, 33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan /
  • 05-7911686 , 7912305 /
  • 05-7912288 /
  • Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Gerik. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 05/01/2026 | Jumlah Pelawat : 4953569