Ahli-ahli Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat Majlis Daerah Gerik (MDG) terdiri daripada :
Pengerusi : Yang Dipertua MDG
Timb. Pengerusi : Setiausaha MDG
Setiausaha : Ketua Unit OSC
Ahli-Ahli : Pengarah, Jabatan Perancangan Bandar dan desa , Negeri Perak
Pentadbir Tanah dan Daerah Hulu Perak
Pengarah Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Perak
Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Negeri Perak
Jurutera Daerah, Jabatan Kerja Raya Hulu Perak
Jurutera Daerah, Jabatan Pengairan dan Saliran, Hulu Perak
Pengurus Besar, Lembaga Air Perak
Pengurus, Indah Water Konsortium
Pengurus Besar, Tenaga Nasional Berhad
Pengurus Besar Suruhanjaya Komuniskasi dan Multimedia Malaysia
4 Orang Ahli Majlis
Jabatan Perancangan, Bangunan dan Landskap MDG
Jabatan Kejuruteraan dan Penyelenggaraan MDG
Jabatan Kesihatan dan Persekitaran MDG
Ingin Dapatkan Keterangan Lanjut?
Urursetia Pusat Setempat(OSC)
Majlis Daerah Gerik
Jalan Haji Meor Yahaya
33300 Gerik Perak
Phone: 05-7912305
Fax: 05-7912288
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
E-mail: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2.Pelaksanaan Kaedah Pengeluaran Perakuan siap dan pematuhan oleh Para Profesional
TERMINOLOGI
Orang utama yang mengemukakan” (Principal Submitting Person—PSP)
• Orang berkelayakan yang mengemukakan pelan bangunan untuk kelulusan PBT. Ia termasuk orang yang berkelayakan lain yang mengambil alih kewajipan dan tanggung jawab sebagai PSP
“Orang yang mengemukakan’ (Submitting Person– SP)
• Orang yang berkelayakan dan mana-mana orang yang berkelayakan lain yang mengambil alih kewajipan dan tanggungjawabnya yang mengemukakan pelan selain pelan bangunan kepada PBT atau pihak berkuasa berkanun yang berkaitan.
“Orang yang berkelayakan”
•Arkitek Profesional, Jurutera Profesional atau pelukis pelan bangunan yang berdaftar dengan badan-badan yang berhubungan dengan pendaftarannya.
“Perakuan berperingkat”
•Proses yang diperkenalkan dalam sistem CCC di mana penyiapan dan pematuhan setiap komponen pembinaan perlu disahkan oleh para professional dan pihak kontraktor atau kontraktor tred yang bertanggungjawab kepada komponen berkenaan. Proses pengesahan ini dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mengikut proses pembinaan.
“Pelan bangunan”
• Pelan yang termasuk pelan tapak, pelan punca, pelan lantai, muka-muka keratin dan tampak-tampak bangunan.
“Pelan Susunatur”
• Pelan cadangan di dalam pembangunan secara berskala, termasuk pelan yang menunjukkan aturan dan perancangan umum bangunan, pelan tempatan sebagai asas rujukan pembangunan dan pelan susun ruang dalam bangunan atau kawasan agar cadangan dalam pelan sama seperti cadangan ditapak
PROSES PERAKUAN BERPERINGKAT
Di bawah sistem pengeluaran CCC, 21 komponen pembinaan dikenalpasti dalam proses perakuan berperingkat. 21 Borang Perakuan Berperingkat ( borang G1 hingga G21 diperkenalkan.
Jenis Borang
|
Komponen
|
G1
|
Kerja-kerja Tanah
|
G2
|
Pemancangan Tanda
|
G3
|
Asas Tapak
|
G4
|
Struktur
|
G5
|
Pepaipan Air Dalaman
|
G6
|
Pepaipan Sanitari Dalaman
|
G7
|
Elektrikal Dalaman
|
G8
|
Menentang Kebakaran (Pasif)
|
G 9
|
Menentang Kebakaran (Aktif)
|
G 10
|
Pengudaraan Mekanikal
|
G 11
|
Pemasangan Lif/Eskalator
|
G 12
|
Bangunan
|
G 13
|
Sistem Bekalan Air Luaran
|
G 14
|
Retikulasi Pembentungan
|
G 15
|
Loji Rawatan Pembentungan
|
G 16
|
Sistem Bekalan Elektrik Luaran
|
G 17
|
Jalan dan Parit
|
G 18
|
Lampu Jalan
|
G 19
|
Parit Luaran Utama
|
G 20
|
Telekomunikasi
|
G 21
|
Pandangan Darat
|
PROSES PENGELUARAN CCC
PSP hanya boleh mengeluarkan CCC menggunakan borang F apabila perkara-perkara berikut dipatuhi :
1. Semua syarat-syarat teknikal yang dikenakan oleh PBT dipatuhi;
2. Borang-borang G1 hingga G21 berkenaan perakuan berperingkat sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kedua telah diperakui dan diterima olehnya;
3. Semua perkhidmatan perlu termasuk jalan akses, pandang darat, tempat letak kereta, parit, pemasangan alat-alat sanitari, air dan elektrik, pili bomba, kehendak pembentungan dan pembuangan sampah dan lif jika dikehendaki, telah disediakan; dan
4. PSP memperakui dalam Borang F bahawa beliau telah mengawasi pembinaan dan penyiapan bangunan tersebut telah dibina dan disiapkan mengikut akta, undang-undang kecil dan pelan diluluskan;
Pihak PSP juga dikehendaki dalam tempoh 14 hari dari pengeluaran CCC atau perakuan siap dan pematuhan sebahagian mengemukakan 1 salinan perakuan berkenaan serta Borang-Borang perakuan Berperingkat kepada PBT, Lembaga Arkitek Malaysia (LAM) atau Lembaga Jurutera Malaysia (LJM).