Taman Refflesia ini terletak di Kampung Bongor dalam kawasan Bersia, Gerik. Perjalanannya memakan masa selama 25 minit untuk sampai ke Kapung Bongor. Manakala dari Kg. Bongor ke kaki bukit mengambil masa lebih krang 30 minit dan merentasi jalan yang tidak berturap. Dari kaki bukit pula menuju ke kawasan refflesia mamakan masa selama satu jam berjalan kaki.
Pelbagai jenis refflesia yang terdapat di sini. Antaranya ialah refflesia azlanii dan refflesia Cantleyi. Kawasan taman ini berukuran 5 hektar. Refflesia ini boleh digunakan sebagai sumber ubat-ubatan. Mengikut sejarah, refflesia azlanii diberi nama sempena nama Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Shah