Dataran Kuala Rui atau Dataran Ikan Loma terletak kira-kira 13KM dari pekan Gerik. Kedudukan dataran ini adalah didalam sebuah perkampungan yang di panggil Kg Kuala Rui. Dataran ini dibina untuk akitiviti menyauk dan memancing ikan Luma.keunikan ikan luma ini ialah akan timbul pada setiap musim tengkujuh dan pada bulan Ogos. Pada bulan tersebut satu pesta menyauk ikan luma akan di adakan di dataran Kuala Rui. Ikan luma akan menghulu dari Sungai Perak ke Kuala Rui untuk tujuan pembiakan.Selain daripada itu tempat ini juga sesuai untuk aktiviti berkayak dan berakit kerana keadaan yang tidak berbahaya.