Mengenai Kami

Cukai Taksiran

MAKLUMAT AM CUKAI TAKSIRAN AM (CTA)

 

1. BIL CUKAI TAKSIRAN

Maklumat terperinci berkenaan Kaedah Bayaran,. Tempoh Bayaran, Bayaran Denda (Notis E) dan Sebagainya

Dinyatakan Dengan Jelas Di Muka Hadapan dan Belakang Bil Cukai Taksiran Am (CTA).

PENILAIAN CUKAI TAKSIRAN AM

Penilaian Cukai Kadaran

Kadar Taksiran dikenakan oleh Majlis Daerah Selama (MDS) mengikut peruntukan Akta Kerajaan Tempatan 1976.

 

Jenis Hartanah Yang Dikenakan Cukai

Pegangan/Harta yang dikenakan cukai adalah seperti berikut :

a) Bangunan Kediaman

b) Bangunan Perniagaan (Kedai, Kompleks Perniagaan, Pejabat, Hotel, Bengkel, Stesen Minyak dan Panggung Wayang)

c) Bangunan Perindustrian (Kilang, Gudang, Loji, Depo dan Pencawang)

d) Tanah Kosong (Bangunan, Pertanian, Perindustrian dan Perniagaan yang terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Selama

 

Penentuan Cukai Kadaran

Kadar Taksiran untuk harta-harta berkadar ditentukan berdasarkan kepada formula seperti berikut :

Kadar Taksiran = Nilai Tahunan x Kadar

 

Penentuan "Kadar %"

Secara umumnya kadar % ditentukan mengikut keperluan Anggaran Belanjawan Majlis, atau kos-kos tahunan yang ditanggung oleh majlis dalam bentuk kos pentadbiran, kos perkhidmatan dan kos pembangunan.

 

Penentuan "Nilai Tahunan"

Nilai Tahunan = Anggaran Sewa Kasar Sebulan x 12 bulan

Anggaran sewa kasar bagi rumah ditentukan berasaskan rumah-rumah sejenis yang berdekatan. Setiap rumah mempunyai "nilai sewa" tanpa mengira samada rumah tersebut diduduki sendiri, disewakan ataupun rumah ditinggalkan kosong kerana gagal disewakan.

 

Tujuan Notis Kadaran

Mengikut Seksyen 141(2), notis kadaran merupakan notis pemberitahuan kepada pemilik-pemilik hartanah mengenai cadangan nilai tahunan yang ditentukan ke atas hartanah mereka.

Selain itu, ia juga bertujuan untuk memaklumkan kepada pemilik-pemilik hartanah atau penghuninya mengenai cukai kadaran yang akan dikenakan.

 

Bantahan Terhadap Notis Kadaran

Seseorang yang terkilan dengan cadangan nilai tahunan di dalam notis kadaran, bantahan boleh dibuat melalui surat yang dialamatkan kepada Majlis Daerah Selama. Walaubagaimanapun, bantahan hanya diterima berdasarkan peruntukan seksyen 142 (1) Akta Kerajaan Tempatan 1976.

 

Pemberitahuan Keputusan Bantahan

Keputusan bantahan ke atas harta berkadar akan dimaklumkan kepada setiap pemilik hartanah berkadar melalui surat/sms.

 

Tempoh Menjelaskan Cukai Kadaran

Pemilik diminta membayar cukai kadaran sebaik sahaja bil tersebut diterima dari pihak MDS dalam tempoh berikut

Penggal Pertama: 01 Januari – 28 Februari setiap tahun

Penggal Kedua: 01 Julai - 31 Ogos setiap tahun

TUNTUTAN NOTIS E & WARAN F

1. Jumlah wang yang kena dibayar bagi setengah tahun pertama hendaklah dibayar sebelum 28hb. Februari dan bagi setengah tahun kedua hendaklah dibayar sebelum 31hb. Ogos pada setiap tahun yang berkenaan. (Bah XV.S 147 (i) Akta 171).

2. Jika mana-mana jumlah wang itu atau mana-mana bahagiannya seperti (1) masih terhutang dan belum dibayar hingga akhir bulan Februari atau hingga akhir bulan Ogos dalam tiap-tiap tahun mengikut mana yang berkenaan, jumlah wang itu hendaklah disifatkan sebagai suatu tunggakan dan boleh dituntut bersama dengan bayaran notis yang ditetapkan. (Bah XV.S 147 (i) Akta 171).

3. Tempoh bayaran Notis (Borang E) adalah 15 hari seperti berikut :

Penggal Pertama: 01 Mac – 15 Mac setiap tahun

Penggal Kedua: 01 September – 15 September setiap tahun

Kadar Bayaran Notis (Borang E) adalah seperti berikut :

Jumlah Tunggakan
 Bayaran Notis 

  (a) Jika jumlah tunggakan tidak melebihi RM200  

RM20.00

  (b) Tunggakan Melebihi RM200.00

RM30.00

3.Untuk menuntut sesuatu tunggakan, pihak Majlis boleh mengeluarkan suatu waran tahanan (kos tahanan akan dibiayai oleh pemilik harta) dan boleh menyita menurut waran itu apa harta alih kepunyaan pemunya atau penduduk yang bertanggungan membayarnya. (Bah. XV.S 147 (i) Akta 171).

 

Kos tahanan (Waran F) yang dikenakan adalah seperti berikut :

Jumlah Tunggakan
 Kos Tahanan 

  Amaun tunggakan sehingga RM1,000.00  

  RM150.00/ unit pegangan  

  Amaun tunggakan melebihi RM1,000.00

  RM300.00/ unit pegangan  

4.Pemilik-pemilik adalah diwajibkan memberitahu jabatan ini diatas penukaran alamat surat-menyurat bagi memudahkan penyampaian bil dan mengelakkan tunggakan. Borang Penukaran Alamat boleh didapati di Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta dan Kaunter bayaran Majlis Daerah Selama.

5.Sekiranya tuan / puan tidak menerima bil asal, sila berurusan segera ke kaunter bayaran atau Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta MDS untuk mengambil salinan bil/resit Cukai Taksiran Am (CTA) bagi membuat pembayaran Bil Cukai Taksiran tersebut.

  • Facebook MDG sasa
  • Twitter MDG sasa
  • Youtube MDG sasa
sasa
  • Majlis Daerah Gerik, 33300 Gerik, Perak Darul Ridzuan /
  • 05-7911686 , 7912305 /
  • 05-7912288 /
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Hakcipta Terpelihara © 2023 Majlis Daerah Gerik. Sesuai dipapar menggunakan IE versi 9 & ke atas, Mozilla Firefox versi 6.0 ke atas dan Google Chrome 13.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768 ke atas. Kemaskini : 20/11/2024 | Jumlah Pelawat : 4953587