MENU

Soalan Lazim Berkaitan Dengan Lesen Perniagaan

  1. Bolehkah seseorang itu menjalankan perniagaan di kawasan Majlis Daerah Gerik?
    Jawapan : Boleh dengan syarat seseorang itu perlu memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan mestilah terlebih dahulu mempunyai lesen yang telah diluluskan oleh Majlis Daerah Gerik.

  2. Apakah Jenis-jenis lesen yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Gerik?
    Jawapan : Jenis-jenis lesen yang dikeluarkan oleh Majlis Daerah Gerik ialah Lesen Penjaja, Lesen Iklan, Lesen Runcit, Lesen Restoran/Makanan, Lesen Gunting Rambut, Lesen Perniagaan Khas dan berbagai jenis lesen lagi.

  3. Apakah langkah yang perlu dipatuhi oleh pemohon untuk memperolehi lesen premis perniagaan ?
    Jawapan : Mengisi borang yang boleh didapati di bahagian Pelesenan Majlis Daerah Gerik dengan percuma.

  4. Apakah langkah yang dijalankan oleh Majlis Daerah Gerik untuk meluluskan permohonan lesen?
    Jawapan :

    1. Semua borang permohonan yang diterima lengkap dengan dokumen-dokumen yang berkaitan.

    2. Hantar ke jabatan-jabatan teknikal untuk ulasan kesesuaian premis.

    3. Menjalankan pemeriksaan keatas premis setelah ulasan daripada Jabatan Teknikal diterima

    4. Menyediakan kertas kerja mesyuarat untuk dibentangkan ke dalam mesyuarat Jawatankuasa Kecil Pelesenan.

    5. Makluman kepada pemohon keputusan mesyuarat.

  5. Adakah lesen premis boleh dipindah milik kepada mana-mana orang?
    Jawapan : Boleh, pelesen perlu menjelaskan bayaran dua puluh peratus ( 20% ) daripada kadar lesen.

 

Soalan Lazim Berkaitan Dengan Cukai Taksiran

  1. Apakah erti cukai taksiran?
    Jawapan: Cukai Taksiran atau Cukai Pintu ialah cukai yang dikenakan ke atas pegangan berkadar seperti rumah kediaman, harta perusaharaan, tanah kosong, tanah pertanian yang terletak di dalam kawasan Majlis Daerah Gerik.

  2. Cara bayaran?
    Jawapan: Cukai Taksiran dibayar 2 kali setahun:

    • 1/2 tahun pertama - 1 januari hingga Februari
    • 1/2 tahun kedua- 1 julai hingga 31 Ogos.
  3. Jika tidak menerima sebarang bil taksiran?
    Jawapan: Datang sendiri ke pejabat Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta, MDG, untuk mendapatkan bil-bil serta bawa bersama bil lama untuk rujukan atau no.lot/no.rumah/ kedudukan harta.

  4. Bagaimana untuk melakukan pertukaran hakmilik?
    Jawapan: Maklumkan kepada MDG dengan mengisi borang 1 dalam tempoh 3 bulan selepas pindah milik dilakukan.Jika gagal pihak MDG boleh mengambil tindakan mengikut seksyen 160 (6),Akta 171.

  5. Pelepasan cukai?
    Jawapan: Anda boleh mendapat pelepasan cukai jika rumah/ bangunan anda kosong (tidak didiami) dengan syarat anda telah memberi notis secara bertulis kepada MDG mengenai kekosongan itu.maklumkan juga bahawa bangunan itu telah diruntuhkan, diubahkan ke tapak lain, dimusnahkan oleh kebakaran, angin, ribut atau sebab-sebab lain.

  6. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi :

    Jabatan Penilaian dan Pengurusan Harta

    Majlis Daerah Gerik

    Jalan Haji Meor Yahya

    33300 Gerik, Perak

    Tel : 05-7912305 samb 208

    Fax : 05-7912288

    Email : mila@gerik.gov.my