MENU
No. Perkhidmatan Online Tujuan
1. SEMAKAN PEMBAYARAN PEMBEKAL
Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk semakan bayaran oleh Majlis Daerah Gerik kepada pembekal yang membekalkan barangan dan perkhidmatan kepada pihak kami. Di dalam sistem ini, pihak pembekal boleh menyemak status pembayaran mereka dimana sistem akan memaparkan status iaitu sama ada pengeluaran LO, baucer ataupun cek.
2. SEMAKAN STATUS CADANGAN PEMAJUAN
Sistem ini dibangunkan oleh pihak Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan bertujuan untuk semakan status cadangan pemajuan. Pemaju perumahan boleh menyemak status permohonan mereka melalui sistem ini. Pengguna perlu memasukkan jenis permohonan, nombor rujukan permohonan dan nama PBT untuk membuat semakan.
3. PORTAL E-PBT
Portal E-PBT merupakan sebuah portal yang menyediakan perkhidmatan e-Aduan, semakan lesen, sewaan dan taksiran bagi semua PBT di Malaysia.
4. LAPORAN PENGGUNAAN PERKHIDMATAN ONLINE
Laporan ini bertujuan untuk memaparkan bilangan transaksi untuk perkhidmatan online kami. Di dalam laporan tersebut terdapat bilangan transaksi dan peratusan transaksi untuk rujukan pengguna laman web Majlis Daerah Gerik.
5. SEMAKAN SEWAAN
Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk semakan sewaan harta ataupun premis Majlis Daerah Gerik yang disewa kepada orang awam. Pengguna boleh menyemak status  akaun sewaan mereka untuk tujuan pembayaran.
6. E-ADUAN
Pengguna boleh mengemukakan aduan ataupun komen mereka dengan menggunakan sistem ini.
7. SEMAKAN KEPUTUSAN MESYUARAT OSC
Pengguna boleh menyemak keputusan mesyuarat OSC sama ada permohonan cadangan pemajuan perumahan diluluskan, ditangguh ataupun ditolak.
8. SEMAKAN BIL CUKAI TAKSIRAN
Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk semakan cukai taksiran untuk rumah kediaman atau bangunan perniagaan. Pengguna boleh menyemak status  akaun taksiran mereka untuk tujuan pembayaran.
9. SEMAKAN PELESENAN
Sistem ini dibangunkan bertujuan untuk semakan lesen perniagaan, penjaja dan hotel atau rumah tumpangan. Pengguna boleh menyemak status  akaun lesen mereka untuk tujuan pembayaran.
10. CARIAN PROJEK MELALUI SYARIKAT
Sistem ini dibangunkan oleh pihak Kementerian Perumahan & Kerajaan Tempatan bertujuan untuk membuat carian projek melalui nama projek dan syarikat pemohon.
11. FEEDBACK MANAGEMENT SYSTEM
Pengguna boleh menggunakan sistem ini untuk memberi maklumbalas ataupun komen berkaitan dengan pekan Gerik ataupun Majlis Daerah Gerik.
12. OSC Online (e-Penyerahan)
13. OSC Online (e-Pemprosesan)

* Sila klik icon untuk melayar halaman sistem online.

* Sila layari http://gerik.gov.my/ms/bantuan untuk memuat turun manual pengguna sistem online Majlis Daerah Gerik.

* Kebanyakkan Sistem MD Gerik menggunakan Single Sign On (SSO).