MENU

Syarat – syarat Am lesen premis perniagaan Majlis Daerah Gerik

SILA AMBIL PERHATIAN bahawa mengikut syeksen 107 (1) & (2), Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) tuan/puan di kehendaki mematuhi syarat-syarat seperti berikut berpandukan seksyen-seksyen yang bersabit dengannya:-

  1. Tiap-tiap pemegang lesen hendaklah menjaga dan menyelenggara tempat atau premis berlesennya supaya sentiasa berada dalam keadaan bersih pada setiap masa
  2. Mestilah memastikan tiada sampah sarap, barang-barang buangan atau lebihan dibuang, diletakkan atau dibiarkan diatas kaki lima atau ditepi atau diluar bangunan
  3. Mestilah memastikan longkang dihadapan, belakang atau ditepi bangunan sentiasa bersih daripada sampah sarap
  4. Sampah-sarap mestilah dikumpul kedalam karung plastik dan diletakkan kedalam tong sampah bertutup;
  5. Premis mestilah kemas dan tersusun, amalan mencuci dan mengemas barang-barang dan peralatan dalam premis pada kadar dua minggu sekali adalah disyorkan;
  6. Mestilah mengadakan alat-alat kawalan kebakaran yang diluluskan oleh Jabatan Bomba;
  7. Mestilah mengadakan alat pertolongan cemas dengan bekalan ubatan serta barang-barang pertolongan cemas yang secukupnya;
  8. Mestilah memastikan semua pekerja-pekerja dilatih dan diajar menggunakan apa-apa peralatan mesin atau lain-lain yang boleh mengakibatkan kemalangan atau kejutan elektrik;
  9. Semua peralatan, mesin, bekalan bahan kimia atau sumber kuasa perlu dilindungi dan ditanda dengan tanda amaran “BAHAYA”JANGAN SENTUH dan lain-lain;
  10. Syarat-syarat am :-
  • Mengemukakan dua keping gambar dan senarai nama pekerja-pekerja,
  • Pelit lesen mestilah dipamerkan
  • YDP atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa boleh memasuki premis bagi tujuan pemeriksaan pada bila-bila masa;
  • Mestilah mematuhi apa-apa arahan bertulis yang dikeluarkan oleh YDP, Setiausaha MDG dari semasa ke semasa

11.Tidak dibenarkan menjalankan atau membiarkan apa-apa aktiviti yang melanggar mana-mana akta atau undang-undang yang dikuatkuasakan didalam Negara ini;

Jika syarat-syarat diatas tidak dipatuhi dalam tempoh 30 hari, kelulusan lesen akan di batalkan dan tindakan mahkhamah akan diambil keatas tuan/puan di bawah seksyen 109 Akta ini, bersabit juga dengan kesalahan-kesalahan di atas tuan/puan boleh di kompaun RM 250.00 jika melanggar satu dari syarat-syarat yang tersebut