MENU

ESTET PERINDUSTRIAN ASAS KAYU, BANDARIANG

Kawasan perindustrian ini merupakan sebuah kawasan perindustrian berasaskan kayu dan terdapat sekitar 6 buah kilang papan. Kawasan perindustrian ini terletak kira-kira 5 minit perjalanan dari pekan Gerik melalui Jalanraya Timur Barat. Selain daripada itu, terdapat sebuah lagi kawasan perindustrian yang akan dibangunkan berdekatan dengan estet perindustrian ini iaitu “Gerik 1 st Industrial Park ”. Kawasan ini merangkumi kawasan perindustrian dan komersial yang dilengkapi dengan infrastruktur yang canggih dan menyeluruh. Bangunan yang akan dibangunkan di kawasan mempunyai reka bentuk yang praktikal yang mementingkan ciri-ciri yang menarik serta moden. Bangunan yang akan dibangunkan terdiri daripada kedai 2 tingkat, kedai teres 1 ½ tingkat, kilang berkembar 1 ½ tingkat dan kilang teres 1 tingkat.