MENU
  • Taman Inai

    Taman rekreasi Taman Inai merupakan satu tempat rekreasi dan beriadah. Taman rekreasi ini merupakan satu tempat yang dipenuhi dengan tumbuhan hijau dan udara di kawasan tersebut adalah amat segar. Kawasan ini juga amat sesuai untuk menenangkan fikiran dan aktiviti kekeluargaan. Taman ini juga dilengkapi dengan trek pejalan kaki yang boleh digunakan untuk aktiviti jogging. Selain itu, kawasan ini juga dilengkapi dengan tempat duduk yang boleh digunakan untuk tujuan berehat.

                                       

                                       

  • Taman Tanduk Rusa

    Terdapat sebuah taman rekreasi bersebelahan dengan masjid dan berhadapan dengan IPD Gerik. Taman ini merupakan satu tempat beriadah dan tempat ini juga dipenuhi dengan tumbuhan hijau dan udara di kawasan tersebut adalah amat segar. Kawasan ini juga amat sesuai untuk menenangkan fikiran dan aktiviti kekeluargaan. Selain itu, kawasan ini juga dilengkapi dengan tempat duduk yang boleh digunakan untuk tujuan berehat.

                             

                             

  • Peta Lokasi Kemudahan Rekreasi

    'Sila Klik Gambar Diatas Untuk Paparan Yang Lebih Menarik'