MENU
  • I-Kolej

     

    I KOLEJ - “BERSAMA MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT”

    PENGENALAN

    Cadangan menjalankan program Ikrab Kolej adalah bagi memudahkan akses orang ramai untuk mendapatkan serta berkongsi ilmu pengetahuan melalui latihan serta kursus pendek. Diharapkan melalui program ini Kolej Komuniti Gerik dapat memanfaatkan segala kemudahan yang ada di Kolej Komuniti Gerik untuk kebaikan pelajar serta masyarakat setempat.

    RASIONAL

    Bertujuan untuk memudahkan akses komuniti setempat kepada kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh kolej serta pada masa yang sama menjalinkan kolaborasi antara pihak kolej bersama pihak industri bagi perkongsian ilmu pengetahuan terkini yang akan memanfaatkan kedua-dua pihak iaitu pelajar kolej komuniti dan juga semua lapisan masyarakat setempat.

    OBJEKTIF

    • Memudahkan akses masyarakat setempat bagi segala aktiviti, kursus dan kemudahan yang terdapat di Kolej Komuniti Gerik.
    • Mempraktikkan kemahiran dan ilmu melalui latihan seperti “upskilling” dan “reskilling”.
    • Masyarakat sentiasa peka tentang kursus-kursus semasa yang dijalankan di Kolej Komuniti Gerik.
    • Menjalankan hubungan yang baik di antara pihak kolej dengan masyarakat dan pihak industri bagi memudahkan akses pelajar mendapatkan latihan daripada pihak industri.

    KEISTIMEWAAN

    • Khidmat runding kursus pendek.
    • Menjalani kursus-kursus yang ditawarkan dengan harga yang minimum.
    • Menggunakan semua kemudahan-kemudahan yang terdapat di kolej pada bayaran minimum melalui tempahan dan berasakan konsep “first come first serve”.
    • Ahli akan mendapat hebahan aktiviti kolej melalui pamplet maya.
    • Ahli akan diberi keutamaan untuk menyertai program yang dianjurkan oleh kolej.

    PELAKSANAAN 

    Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

    Pengarah,
    Kolej Komuniti Gerik,
    Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
    Bukit Nasah,
    33300 Gerik,
    Perak.
    Tel : 05-7916199
    Faks : 05-7916399
    Laman Web : www.kkgri.edu.my

    (sumber : Kolej Komuniti Gerik)