MENU
  • (sumber : Kolej Komuniti Gerik)

  • Kursus Sepenuh Masa

    SIJIL TEKNOLOGI MAKLUMAT

    Matlamat kursus ini adalah untuk melahirkan individu yang mempunyai kemahiran asas dalam bidang ICT. Antara Modul yang akan dipelajari adalah :

    • Penggunaan perisian aplikasi.
    • Internet .
    • Pangkalan Data.
    • Multimedia.
    • Pengaturcaraan.
    • Perkakasan dan Rangkaian.

    Lulusan daripada sijil ini berpeluang menceburkan diri dalam bidang yang berasaskan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) di agensi kerajaan mahupun swasta, ataupun menjadi usahawan. Dengan kemahiran yang diperolehi, lulusan sijil ini mempunyai peluang pekerjaan seperti operator data, juruteknik komputer dan rangkaian, atau lain-lain bidang yang bersangkutan dengan perkakasan dan perisian.

    SIJIL FESYEN DAN PAKAIAN

    Kursus ini antara lain melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan :

    • Ilustrasi Fesyen.
    • Pola Asas Pakaian dan Penyesuaian Pola.
    • Sampel Proses Jahitan.
    • Seni reka Fesyen.
    • Hiasan Pakaian.
    • Teknologi Membuat Pakaian.
    • Strategi Pemasaran.
    • Kajian Fabrik.

    Dengan kemahiran yang diperolehi, lulusan sijil ini mempunyai peluang pekerjaan seperti Windows Artist, Buyer, Merchandiser, Pembantu Jualan, Pereka Fesyen, Pereka Corak Tekstil, Pelukis Batik, Jururunding Imej, Jururunding Pengantin, Pembuat Sampel, Pembuat Pola Pakaian, Grader, Marker, Tukang Jahit, Pegawai Kualiti serta Juruubahsuai Pakaian.

    SIJIL AUTOMATIF

    Kursus Automatif yang ditawarkan memberi penekanan kepada aspek “hands-on”. Program ini merangkumi bidang-bidang teknologi terkini yang melibatkan peralatan menguji/mendiagnosis. Kursus ini antara lain melengkapkan pelajar dengan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan :

    • Penyenggaraan asas dan penjagaan kenderaan.
    • Merombak rawat enjin.
    • Komunikasi grafik dan CAD.
    • Sistem elektrik kenderaan.
    • Kerja kimpalan dan pembaikan kenderaan.
    • Pengurusan pusat servis.
    • Peralatan elektrik dan elektronik automatif.
    • Keselamatan dalam penggunaan alat automatif.

    Pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi setelah mengikuti kursus ini membolehkan lulusan menceburi bidang kerjaya dalam industri pembuatan dan perkhidmatan automatif. Di antaranya termasuklah:

    • Industri pengeluaran kenderaan.
    • Pusat servis dan penyenggaraan kenderaan.
    • Institusi pemeriksaan/ujian kenderaan.
    • Industri perusahaan pembuatan automatif.
    • Firma-firma insurans kereta motor.
    • IKS yang berkaitan.

    Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

    Sektor Pengurusan Kolej Komuniti,
    Jabatan Pengajian Politeknik & Kolej Komuniti,
    Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
    Aras 8, Bangunan Heritage,
    The Mine South Lake,
    43300 Seri Kembangan, Selangor.
    Tel. : 03-8939 4114
    Faks : 03-8939 4115
    Laman Web : www.bpkk.edu.my