MENU
  • Objektif

    PENGENALAN

    Penubuhan Kolej Komuniti Gerik adalah bertujuan memberi peluang pendidikan dan latihan khusus kepada masyarakat setempat. Kolej Komuniti Gerik adalah di antara 37 buah kolej komuniti yang ditubuhkan di bawah Jabatan Pendidikan Teknikal, Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum bertukar kementerian di bawah Kementerian Pengajian Tinggi. Kolej Komuniti Gerik telah mula mengambil pelajar seramai 30 orang pada 17 Jun 2003. Kolej Komuniti Gerik kini beroperasi di Bukit Nasah Kampung Tawai bersebelahan MRSM Gerik.

    OBJEKTIF PENUBUHAN

    Pihak Kolej bersedia memberi pendidikan dan latihan yang dinamik dan berkualiti dengan :

    • Menganjur dan mewujudkan laluan alternatif kepada lepasan sekolah menengah.
    • Menganjur dan menyediakan pendidikan sepanjang hayat dalam pembangunan komuniti berpengetahuan(Learning Communities) selari dengan pembangunan negara.
    • Menyediakan latihan untuk meningkatkan kemahiran (Skill Upgrading) dan melatih semula untuk keperluan tenaga kerja setempat.
    • Menyediakan rangkaian strategik untuk mengukuhkan aktiviti sosio-ekonomi pelanggan yang terdiri daripada masyarakat setempat dan pihak berkepentingan.
    • Menyediakan kemudahan dan pilihan pendidikan berpusatkan masyarakat setempat.

    MOTO KOLEJ KOMUNITI

    • Satu Pendekatan Pendidikan Dan Latihan Bersepadu.

    PROGRAM YANG DITAWARKAN

    Kursus Sijil Sepenuh Masa :

    • Sijil Teknologi Maklumat
    • Sijil Fesyen dan Pakaian
    • Sijil Automatif

    SYARAT KELAYAKAN

    • Warganegara Malaysia
    • Lulus Sijil Pelajaran(SPM) atau Sijil Pelajaran Malaysia Vokasional(SPMV).
    • Keutamaan pemilihan akan diberikan kepada calon-calon setempat serta mendapat pencapaian atau peringkat SPM atau yang setaraf.

    TEMPOH PENGAJIAN

    Tempoh pengajian minimum adalah 2 tahun atau 4 semester dan tempoh maksimum ialah 5 tahun atau 10 semester.

    YURAN KEMASUKAN

    • RM 200.00 setiap semester pengajian.
    • Yuran pelbagai RM 210.00 dibayar semasa pendaftaran semester 1 sahaja.

    Untuk keterangan lanjut, sila hubungi :

    Pengarah,
    Kolej Komuniti Gerik,
    Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia,
    Bukit Nasah,
    33300 Gerik,Perak.
    Tel : 05-7916199
    Faks : 05-7916399
    Laman Web : www.kkgri.edu.my