MENU

Pulau Tali Kail merupakan sebuah pulau yang cantik tanpa pencemaran dan pulau ini amat bersesuaian untuk pencinta-pencinta alam. Aktiviti rekreasi yang dapat dijalankan disini ialah merentas hutan asli, bersiar-siar di kawasan tasik dengan menaiki bot, memancing ikan air tawar, berehat dan lain-lain lagi.

Di antara kemudahan yang telah disediakan ialah tapak perkhemahan dengan kemudahan bilik mandi, tempat makan, dapur memasak, chalet, surau dan dewan serbaguna.

Pengunjung boleh menggunakan bot sendiri atau bot penduduk tempatan dari Jeti Ampangan Temenggor.

KEMUDAHAN PULAU TALI KAIL

  • JENIS KEMUDAHAN
  • Dewan terbuka RM 20/hari
  • Chalet
  • Chalet A Frame (5 Unit) RM 10.00 (seunit) / malam
  • Rumah Kampung (2 Unit) RM 20.00 (seunit) / malam
  • Rumah panjang (2 Unit) RM 50.00 (seunit) / malam
  • Chalet VIP (2 Unit) RM 60.00 (seunit) / malam
  • Tapak Khemah (30 unit) RM 2.00 (seunit)/ malam

Semua bayaran hendaklah dalam bentuk Draf Bank, Kiriman Wang atau pesanan kerajaan atas nama Bendahari Negeri Perak dan bayaran hendaklah dijelaskan melalui pejabat ini sebelum kebenaran diberi untuk menduduki atau menggunakan kemudahan-kemudahan tersebut.

  • Pihak kami akan menyediakan 2 -3 orang kakitangan (mengikut keperluan ) untuk membantu tuan melaksanakan program yang pihak tuan/puan tetapkan sepanjang tuan/puan menginap di Pulau Tali Kail.
  • Pihak Jabatan Tidak dapat menyediakan bot untuk pengangkutan ke Pulau Tali Kail, bot hendaklah diuruskan oleh pihak tuan/puan. Penggunaan Generator dan Pam Air semasa perkhemahan dijalankan hendak lah dibiayai oleh pihak tuan / puan. Segala kos pembelian minyak bergantung kepada penggunaan.
  • Pihak kami ada menyediakan peralatan dapur dan tuan / puan perlulah menyewakan peralatan dengan kadar sewaan bayaran sebanyak RM 170.00 dan bayaran tersebut boleh dijelaskan semasa pihak tuan / puan sampai ke Pulau Tali Kail. Selain dari itu pihak kami juga menyewa tilam dan bantal serta sarung tilam dan bantal dengan kadar sebanyak RM 4.00 Seunit. Mengenai sewaan peralatan dapur tersebut pihak tuan boleh menghubungi Pejabat Renjer Hutan Gerik 11 (Bandariang) di talian 05-7915180 untuk maklumat selanjutnya.
  • Aktiviti berkayak juga disediakan, kadar sewaan peralatan adalah seperti berikut:-