MENU

Taman Refflesia ini terletak di Kampung Bongor dalam kawasan Bersia, Gerik. Perjalanannya memakan masa selama 25 minit untuk sampai ke Kapung Bongor. Manakala dari Kg. Bongor ke kaki bukit mengambil masa lebih krang 30 minit dan merentasi jalan yang tidak berturap. Dari kaki bukit pula menuju ke kawasan refflesia mamakan masa selama satu jam berjalan kaki.

Pelbagai jenis refflesia yang terdapat di sini. Antaranya ialah refflesia azlanii dan refflesia Cantleyi. Kawasan taman ini berukuran 5 hektar. Refflesia ini boleh digunakan sebagai sumber ubat-ubatan. Mengikut sejarah, refflesia azlanii diberi nama sempena nama Sultan Perak iaitu Sultan Azlan Shah. Kawasan ini diuruskan oleh En. Ishak Yahya daripada Kg. Bongor. Sebarang maklumat lanjut bolehlah menghubungi nombor ini : 019-4285573. Pelancong hanya dibenarkan masuk ke dalam taman ini untuk menikmati keajaiban alam semulajadi dengan diiringi oleh Encik Ishak sahaja dan dalam kuantiti yang sedikit. Tempat ini dijadikan sebagai tempat kajian bagi pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia dan diterajui oleh Prof. Dr. Kamaruddin Mat Salleh. Di taman ini juga terdapat pelbagai pokok yang jarang ditemui di tempat-tempat lain. Sumber-sumber hutan ini amat berguna dalam industri perubatan.