MENU

Lokasi Empangan Pong ini terletak kira-kira20 minit dari Pekan Gerik melalui lebuhraya Gerik-Kupang dan 30 minit jalan yang tidak berturap daripada simpang masuk ke Kampung Pong. Empangan ini berdekatan dengan Perkampungan Siam yang dikenali sebagai Kampung Pong.

Tujuan pembinaan: Empangan Pong telah dibina oleh Pegawai daerah Hulu Perak pada masa itu iaitu Sir Barkely. Tujuan pembinaan empangan ini ialah untuk penjanaan elektrik untuk kegunaan kereta kabel. Kereta Kabel ini pula bertujuan untuk mengangkut bijih timah di klian intan ke tempat pemprosesan bijih timah. Pihak pengusaha bijih timah pada masa itu kerana permukaan muka buni yang bergunung-ganang. Empangan Pong ini merentasi Sungan Weng yang kaya dengan sumber protein seperti ikan kelah (malayan mahseer) yang merupakan spesis ikan yang dilindungi. Selain daripada itu Kampung Pong dan sebuah lagi Kampung yang berdekatan dengannya iaitu Kampung Bukit Buluh dijadikan kawasan perusahaan arang yang dibuat daripada Pokok Buluh.