MENU

Gerik, 30 Oktober 2013 - Majlis Daerah Gerik dengan kerjasama Bahagian Kerajaan Tempatan negeri Perak telah menganjurkan Taklimat Penguatkuasaan dibawah Akta 171,172173, dan Undang-Undang Kecil PBT.

Taklimat ini bermula pada pukul 9.00 pagi yang dihadiri oleh 80 orang peserta dari semua PBT negeri Perak.  Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Syahrul Azrin bin Ghazali, Pegawai Undang-Undang Majlis Bandaraya Ipoh.

Satu majlis perasmian telah diadakan pada 4.30 petang oleh Setiausaha Bahagian Kerajaan Tempatan negeri Perak, Tuan Mohd Zakuan bin Hj. Zakaria yang turut dihadiri oleh Tuan Setiausaha MD Gerik, En. Roslan bin Kamaruzaman dan ketua-ketua jabatan Majlis Daerah Gerik.