MENU

Senarai Bantuan yang boleh dijadikan sebagai rujukan untuk melayari web Majlis Daerah Gerik:

  • Umum

    Carian

    Carian terletak di penjuru kanan atas membolehkan pengguna mencari maklumat yang dikehendaki. Pada masa ini, fungsi Carian memberi tumpuan kepada maklumat di dalam Berita & Peristiwa, Artikel (di dalam Sumber), Perkhidmatan (boleh di dapati di penjuru kanan setiap muka surat)

    Kalendar

    kalendar

    • Kalendar memberi petunjuk kepada pengguna mengenai peristiwa yang berlaku pada tarikh-tarikh yang tertentu.

    • Ia juga mewakili submenu Peristiwa yang terdapat di dalam menu Berita & Peristiwa.

    • Pengguna dapat mengetahui jika adanya sesuatu aktiviti/program melalui tarikh-tarikh yang telah dihitamkan.

    • Klik pada tarikh tertentu akan memaparkan aktiviti/program untuk hari tersebut.

    Untuk mengetahui keseluruhan aktiviti pada bulan tersebut, pengguna boleh klik pada Lagi Aktiviti Bulan Ini yang terdapat di bahagian bawah Kalendar.

    Menu Utama

    Menu Utama portal MDG terdiri daripada :

    menu

     

    Menu Info Gerik menyediakan informasi berguna tentang Kerian kepada pengguna portal. Antara maklumat yang terdapat dalam menu ini adalah seperti maklumat kawasan, tempat-tempat menarik, pengangkutan awam serta kemudahan direktori.

    Contoh :

    submenu

    Pengguna portal juga dapat mengetahui pelbagai perkhidmatan yang disediakan di sekitar Kerian beserta panduan alamat melalui menu Perkhidmatan . E-perkhidmatan juga disediakan oleh pihak Majlis bagi memudahkan pengguna membuat semakan cukai pintu, kompaun, permohonan lesen dan penjaja.

    Menu Sumber adalah capaian di mana pengguna dapat merujuk kepada pelbagai maklumat seperti pekeliling, jadual, kompaun, dan aspek-aspek perundangan di bawah tadbir Majlis. Pengguna juga boleh turut serta berbincang serta memberi pandangan melalui ruangan Forum yang disediakan.

    Menu Berita & Peristiwa memuatkan informasi terkini serta pengumuman yang telah dan akan berlaku di sekitar Kerian. Galeri Foto juga merupakan salah satu submenu yang terdapat dalam menu ini yang memuatkan pelbagai koleksi gambar menarik.

    Semua maklumat penting tentang Majlis Daerah Kerian dan pengurusannya dikelaskan di dalam menu Info MDG.

    Galeri Foto

    • Memuatkan koleksi gambar yang dikelaskan mengikut Kategori dan Album.
    • Sebagai contoh, di dalam kategori Tempat-tempat Menarik.
    • Pengguna boleh klik pada gambar untuk mengetahui deskripsi lanjut.
    • Gambar juga boleh dimuat turun .

    Contoh :

    galeri foto

  • Manual Pengguna Laman Web MDG

    ..Sila Klik Gambar Diatas untuk Keterangan Selanjutnya..

  • Manual Pengguna Laman Webmail (untuk Kegunaan Kakitangan MDG Sahaja)

    ..Sila Klik Gambar Diatas untuk Keterangan Selanjutnya..

  • Manual Pengguna Sistem Online MDG

    ..Sila Klik Gambar Diatas untuk Keterangan Selanjutnya..

  • Manual Borang Maklum Balas

    Cara Penggunaan Borang Maklum balas.

    Tujuan borang maklum balas ini adalah untuk memberi peluang kepada pelanggan ataupun pelawat laman web ini untuk memberi komen dan cadangan tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan Majlis Daerah Gerik termasuk cadangan tentang laman web ini. Untuk menggunakan borang ini, pengguna harus mengisi semua maklumat yang terdapat di dalam borang maklum balas tersebut dan maklumat yang diberikan harus tepat dan benar supaya tindakan yang sewajarnya dapat diambil. Maklumat yang perlu diisi adalah seperti berikut :

    • Pengguna harus memasukkan nama ke dalam ruangan nama seperti di bawah :

     

    • Pengguna memilih jenis maklum balas yang dikemukakan sama ada cadangan, maklum balas ataupun pendapat seperti rajah di bawah :

     

    • Pengguna harus memasukkan komen dan cadangan mereka di dalam ruangan disediakan seperti rajah di bawah :

     

    • Pengguna harus memasukkan alamat email ke dalam ruangan email supaya pihak majlis dapat berhubung dengan pengguna yang memberi cadangan dan komen.

     

    • Selepas itu, pengguna harus memasukkan pengesahan teks ke dalam ruangan pengesahan teks seperti rajah di bawah :

     

    • Sila klik butang hantar setelah semua maklumat diisikan.

     

    • Sekiranya pengguna tidak memasukkan maklumat yang dikehendaki, “error message ” seperti di bawah akan dipaparkan.

    • Sila pastikan semua maklumat diisi sebelum menekan butang “hantar”.
  • Aduan MDG

    SALURAN YANG BOLEH DIGUNAPAKAI UNTUK MENGEMUKAKAN ADUAN

    Bil

    Saluran Aduan

    Keterangan Saluran Aduan

    1.

    Kaunter Khidmat Pelanggan

    Orang awam juga boleh mengemukakan aduan mereka secara terus kepada Pegawai Khidmat Pelanggan di Jabatan Khidmat Pengurusan, Majlis Daerah Gerik.

     

    2.

    SMS

    Orang awam boleh mengemukakan aduan mereka melalui SMS dengan menaip aduan dan hantar kepada nombor 019-5151500.

    3.

    E-Mail

    Orang awam juga boleh mengemukakan aduan mereka dengan menghantar email kepada mdg@gerik.gov.my ataupun aduan@gerik.gov.my .

    4.

    Borang Maklum Balas

    Pengguna boleh mengisi borang maklum balas yang terdapat di alamat http://www.gerik.gov.my/web/guest/maklumbalas untuk memberi pandangan dan juga untuk membuat aduan.

    5.

    Sistem E-Aduan

    Orang awam juga boleh mengemukakan aduan mereka menerusi sistem E-Aduan yang terdapat pada laman utama web MDG.

    6.

    FORUM

    Orang Awam boleh mengemukakan aduan mereka dalam Forum MDG yang terdapat di pautan http://www.gerik.gov.my/forum

     

    7.

    Surat

    Orang awam juga boleh menghantar aduan dalam bentuk surat dan dihantar kepada alamat :

    Aduan MDG,

    Majlis Daerah Gerik,

    Jalan Haji Meor Yahya,

    33300 Gerik.

    (u.p : Pegawai Khidmat Pelanggan)

    Ataupun fax surat tersebut ke talian 05-7912288

    8.

    Telefon

    Orang awam boleh menghubungi nombor telefon 05-7912305, 05-7911686.


     

    9.

    Area Officer

    Orang awam juga boleh mengemukakan aduan mereka kepada pegawai("Area Officer") yang bertanggungjawab terhadap sesuatu kawasan. Sila layari http://www.gerik.gov.my/majlis .

  • Cara Penggunaan RSS Feed

    Apa itu RSS?

    RSS adalah teknologi yang canggih daripada segi kemudahan penyebaran maklumat terus ke pengguna ataupun pembaca. RSS atau RDF Site Summary adalah suatu aplikasi XML (Extensible Markup Language) mengikut tahap spesifikasi W3Schools . Ia merupakan suatu format sindikasi berita dan digunakan sebagai agen untuk mendapatkan berita atau data secara atas talian daripada halaman web yang menyokong aplikasi ini. Format XML ini membolehkan anda berkongsi isi kandungan dalam sesuatu laman web seperti berita ataupun post terkini dengan lebih cepat dan mudah.

    RSS MAJLIS DAERAH GERIK :

    • RSS di halaman Majlis Daerah Gerik menyediakan kemudahan penyampaian berita terkini dan pengumuman penting untuk dilanggani oleh pengguna.
    • Setiap berita dan pengumuman yang baru dikemaskini akan dihantar terus ke desktop anda.
    • Penggunaan RSS Majlis Daerah Gerik akan menjimatkan masa pengguna dengan mendapatkan maklumat terkini daripada laman web rasmi Majlis Daerah Gerik dengan cepat dan tepat.

     

    Langkah Penggunaan RSS MDG

     

    RSS Reader

    1. Anda juga boleh menggunakan perisian RSS Reader untuk menggunakan aplikasi RSS MDG ini.
    2. Anda perlu muat turun RSS Reader dan install pada komputer anda.
    3. Langkah menggunakan perisian ini adalah seperti berikut.
      • Selepas anda install perisian RSS Reader ini, satu antara muka seperti rajah di bawah akan dipaparkan.
      • Tambah RSS Feed yang baru:
        Untuk menambah RSS MDG dalam perisian ini sila klik pada butang + seperti rajah dibawah:
      • Satu paparan seperti rajah di bawah akan dipaparkan :

         

      • Sila masukkan alamat URL ini, /web/guest/home/-/journal/rss/10124/68023 dan klik pada butang NEXT seperti rajah di bawah :
      • Selepas itu, perisian tersebut akan membuat sambungan dengan laman web MDG dan akan memaparkan nama Majlis Daerah Gerik seperti di bawah dan seterusnya klik pada butang NEXT.
      • Selepas itu, berita penting Majlis Daerah Gerik akan dipaparkan seperti rajah di bawah dan anda hanya perlu memilih berita yang hendak dibaca.
  • Panduan penggunaan Kod QR

    Kini anda boleh melayari Portal Majlis Daerah Gerik versi mudahalih menerusi telefon pintar (Smartphone) dengan hanya melalui Kod QR MDG.

    Anda hanya perlu;

    • Memuat turun dan lakukan instalasi aplikasi QR Reader yang bersesuaian dengan telefon pintar (Smartphone) anda.
    • Kemudian imbas Kod QR di bawah dengan menggunakan kamera dari telefon pintar anda.

    • Anda akan terus dibawa ke Portal MD Gerik versi mudahalih.

Pantuan Asas Penggunaan Forum :

Mobile Web :

Rangkaian Sosial:

  • Info Rangkaian Sosial

     

    RANGKAIAN SOSIAL MAJLIS DAERAH GERIK (‘Facebook','Flickr','Scribd')

    Secara umumnya, perkhidmatan rangkaian sosial merupakan satu perkhidmatan yang menumpukan pada pembinaan dan pengesahan rangkaian sosial dalam talian untuk satu komuniti yang berkongsi kegemaran dan aktiviti, atau kepada mereka yang berminat dalam mengetahui kegemaran dan aktiviti orang lain. Kebanyakan perkhidmatan rangkaian sosial adalah berasaskan web  dan menawarkan pelbagai cara interaksi antara pengguna, seperti pebualan dalam talian, bertukar pesanan, e-mel, video, perbualan suara, perkongsian fail, blog, kumpulan perbincangan dan sebagainya. Selain daripada itu, sistem rangkaian sosial seperti ‘Facebook','Flickr','Scribd', merupakan satu teknologi yang banyak berguna dan membantu generasi pada masa kini yang ingin mendapatkan maklumat secara ringkas dan cepat. Fungsi asas laman web rangkaian sosial ini adalah sebagai pengantara untuk berhubung dengan ahli keluarga, rakan-rakan dan sesuatu organisasi dengan lebih mendalam lagi. Oleh yang demikian, pihak kami menggunakan teknologi yang sedia ada ini untuk menyalurkan maklumat dengan cepat dan ringkas. Tujuan rangkaian sosial Majlis Daerah Gerik adalah seperti berikut :

    Facebook

    Tujuan aplikasi Facebook diwujudkan adalah untuk memberikan maklumat tentang aktiviti–aktiviti dan program–program yang dijalankan oleh pihak kami. Maklumat ini akan disalurkan ke dalam aplikasi Facebook supaya maklumat tersebut dapat dikongsi oleh rakyat dan memberikan pendapat mereka tentang aktiviti yang dijalankan.

    Flickr

    Aplikasi Flickr ini dibangunkan untuk berkongsi dokumen atau penerbitan yang dikeluarkan oleh pihak kami secara percuma. Pengguna boleh memuat turun dokumen-dokumen tersebut dari aplikasi ini dengan cepat dan mudah. Di antara penerbitan Majlis Daerah Gerik yang dimasukkan ke dalam aplikasi tersebut adalah "Manual Pengguna Laman Web MDG", "Cukai Taksiran"  dan brosur yang dikeluarkan oleh pihak kami.

    Sribd

    Tujuan aplikasi Sribd ini adalah untuk berkongsi photo ataupun video. Oleh yang demikian, pihak kami membangunkan aplikasi ini untuk berkongsi  photo dan video tempat-tempat menarik di kawasan Gerik. Di samping itu, aplikasi ini juga memberi maklumat lanjut dan mempromosi tempat-tempat menarik di kawasan Gerik. Tempat-tempat tersebut boleh dijadikan sebagai destinasi pelancongan dan pengguna boleh merujuk kepada aplikasi ini sebagai panduan. Di dalam aplikasi ini juga,  terdapat video dan peta pekan Gerik.

    Twitter

    Twitter adalah rangkaian maklumat real time yang menghubungkan anda kepada maklumat terbaru tentang apa yang anda anggap menarik. Twitter Majlis Daerah Gerik dibangunkan bertujuan untuk berkongsi maklumat yang terkini berkaitan dengan segala aktiviti dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh MDG. Melalui Twitter, kami percaya bahawa pertukaran maklumat yang dibuka kepada semua lapisan masyarakat boleh memberi inspirasi dan idea terbaru dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kami.

  • Tatacara Penggunaan Rangkaian Sosial

Feedback Management System

 

Nota :

Semua kandungan di atas adalah dalam fail "Portable Document Format" (PDF). Untuk membaca dokumen-dokumen tersebut, anda memerlukan perisian Acrobat Reader, yang boleh didapati secara percuma dengan klik di sini :