PENGENALAN PUSAT SETEMPAT (OSC)
Pusat Setempat (OSC) adalah sebuah unit baru yang ditubuhkan dan ditempatkan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) oleh Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Pusat Setempat lebih dikenali sebagai Unit OSC kerana singkatan namanya dalam Bahasa Inggeris iaitu One Stop Center.
Mesyuarat Jemaah Menteri pada 21 Mac 2007 telah bersetuju dengan perlaksanaan Pusat Setempat di PBT kerana ianya merupakan aspek terpenting dalam usaha meningkatkan sistem penyampaian perkhidmatan awam. Antara peruntukan-peruntukan yang terlibat di bawah pengurusan Pusat Setempat adalah Kanun Tanah Negara 1965, Akta Perancangan Bandar Dan Desa 1976, Akta Kerajaan Tempatan 1976, Akta Jalan, Parit & Bangunan 19874 serta Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984.
Pusat Setempat akan menerima permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang dan pelan bangunan secara serentak supaya dapat diedarkan kepada jabatan/agensi teknikal untuk mendapatkan ulasan dan pandangan dalam tempoh masa yang ditetapkan. Satu jawatankuasa Pusat Setempat akan ditubuhkan bagi menimbang dan membuat keputusan terhadap permohonan-permohonan yang diterima. Jawatankuasa ini akan dipengerusikan oleh Yang Dipertua PBT dan dianggotai oleh semua jabatan/agensi teknikal yang terlibat. Jawatankuasa ini diberi kuasa penuh oleh PBT untuk memproses dan menimbang permohonan kebenaran merancang dan pelan bangunan serta membuat perakuan bagi permohonan pembangunan tanah.
OSC MAjlis Daerah Gerik telah dilaksanakan secara rasminya bermula pada 14 April 2008.

MATLAMAT PUSAT SETEMPAT (OSC)
Matlamat penubuhan Pusat Setempat adalah memastikan permohonan kelulusan pembangunan dan pemajuan tanah yang lengkap, diproses dalam tempoh yang ditetapkan mengikut Garis Panduan Pelaksanaan Pusat Setempat.

OBJEKTIF PUSAT SETEMPAT
- Menyelaras dan memudahcara proses kelulusan permohonan pembangunan tanah.
- Memendekkan norma masa dan mempercepatkan proses permohonan pembangunan tanah.
- Menyeragamkan prosedur dan proses permohonan pembangunan tanah.

PERANAN PUSAT SETEMPAT
Bagi tujuan meningkatkan sistem penyampaian, prosedur dan proses permohonan cadangan pemajuan tanah melalui Pusat Setempat, pemohon tidak perlu pergi dari satu jabatan kae satu jabatan lain untuk mendapatkan kelulusan permohonan. Seccara tidak langsung akan memudahkan orang ramai dan mempercepatkan proses.
Peranan pusat setempat ialah;
- Menyelaras dan memproses permohonan
- Memaklumkan keputusan kelulusan bagi permohonan kepada pemohon.
- Membuat perakuan permohonan.
- Menyediakan laporan status permohonan.

Bagi melancarkan perjalanan Pusat Setempat , satu jawatan kuasa ditubuhkan dan dipengurusikan oleh Yang DiPertua Pihak Berkuasa Tempatan. Perjalanan Mesyuarat jawatankuasa pusat setempat ini akan diletakkan di bawah tanggungjawab Urus Setia Pusat Setempat yang di ketuai oleh Pegawai Perancang Bandar.

FUNGSI JAWATAN KUASA PUSAT SETEMPAT
Fugsi Jawatan Kuasa Pusat Setempat termasuklah;
- Menimbangkan dan membuat keputusan terhadap permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan yang berkaitan;dan
- Membuat perakuan dan memaklumkan keputusan ke atas permohonan di bawwah peruntukan seksyen 124A dan 204D KTN selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 136(1)(c)(i) dan 204D(1)(d).

KEAHLIAN JAWATANKUASA PUSAT SETEMPAT
Jawatankuasa Pusat Setempat yang ditubuhkan akan berpusat di Pihak Berkuasa Tempatan.
Keahlian jawatankuasa pusat setempat yang di penngerusikan oleh Yang Dipertua PBT dan ahli-ahlinya.
Keahlian jawatankuasa pusat setempat
pengurusi Yang Dipertua, PBT
Setiausaha Ketua Unit OSC
Ahli Pengarah Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri
Pengarah Pejabat Tanah dan Galian/Pentadbir Tanah Daerah
Pengarah Jabatan Kerja Raya
Pengarah Jabatan Pengaliran Dan Saliran
Pengarah Jabatan Alam Sekitar
Pengurus Tenaga Nasional Berhad
Pengarah Jabatan Bomba Dan Penyelamat Malaysia
Pengurus Telekom Malaysia Berhad
Pengarah Jabatan Perkhidmatan Pembentungan
Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains
Pengarah Jabatan Lanskap PBT
Pengarah Jabatan Kesihatan PBT
Pengarah Jabatan Bangunan PBT
Pengarah Jabatan Kejuruteraan PBT
4 Orang Ahli Majlis
Jabatan-jabatan teknikal yang barkaitan akn dijemput dari masa ke masa


URUS SETIA PUSAT SETEMPAT
Urusetia pusat setempat terdiri daripada pegawai Perancang Bandar dan Desa di Bahagian Perancangan di Pihak Berkuasa Tempatan. Terdiri daripada 3 alternatif bagi cadangan struktur organisasi Urus Setia Pusat Setempat iaitu;
• Struktur organisasi bagi PBT bertaraf bandaraya/perbandaran
• Struktur organisasi bagi PBT bertaraf daerah yang berkemampuan;dan
• Strutur organisasi bagi PBT bertaraf daerah yang kurang berkemampuan


FUNGSI URUSETIA

• Menerima dan menyemak permohonan pembangunan tanah,kebenaran merancang dan pelan bangunan dengan merujuk senarai semak pemohon;
• Meneliti pemohon yang diterima memenihu kehendak asas atau syarat-syarat yang ditetapkan;
• Membuat edaran permohonancadangan pemajuan kapada jabatan-jabatan yang berkenaan untuk memproses dan jabatan/agensi teknikal yang berkenaan untuk ulasan dan pandangan
• Memantau permohonan-permohonan yang telah diedar kapada jabatan/agensi teknikal
• Memaklumkan kepada Jawatankuasa Pusat Setempat mengenai permohonan yang diterima;
• Mendapatkan maklumbalas lanjut daripada agensi teknikal sekiranya terdapat apa-apa isu dan masaalah;
• Menyelaras dan mengedarkan kertas kerja cadangan pemajuan beserta pelan pra-perhitungan untuk mendapat kelulusan Jawatankuasa Pusat Setempat;
• Mengedarkan keputusan Jawatankuasa Pusat Setempat terhadap kelulusan cadangan pemajuan kepada petedbir tanah;
• Bertindak sebagai urus setia mesyuarat yang menetapkan tarikh, memadtikan mesyuarat diadakan 2 kali sebulan dan menyediakan minit mesyuarat seta maklum balas untuk edaran;
• Mengumpul kertas perakuan untuk diagkat ke mesyuarat Majlis Penuh Pihak Berkuasa Tempatan; dan
• Mengedarkan keputusan rasmi kepada pemohon.

Urus setia Puasat Setempat akan menerima, menyemak dan menyelaras permohonan berdasarkan kepada senarai semak seperti senarai semak permohonan pembangunan tanah, senarai semak permohonan kebenaran merancang dan senarai semak pelan bangunan.

Selain itu, terdapat beberapa borang yang perlu disediakan oleh Urus Setia Pusat Setempat iaitu;
• Borang penerimaan permohanaan (Borang B1);
• borang permohonan kelulusan untuk edaran kepada Jabatan Teknikal (Borang B2);
• borang permohonan kelulusan tanah untuk pejabat tanah (Borang B3);dan
• borang panggilan Mesyuarat Pusat Setempat (Borang B4)

PERJALANAN MESYUARAT JAWATANKUASA PASAT SETEMPAT
Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat akan bersidang 2 kali sebulan di mana bagi memudahcara perjalanan mesyuarat, senarai semakan teknikal untuk rujuan Pengerusi dan ahli mesyuarat akan disediakan dan dijadikan rujukan utama perjalanan mesyuarat.
Jawatan Kuasa Pusat Setempat akan di maklumkan oleh urus setia setempat jumlah dan status permohonan yang diterima dan telah diproses.